Tersedia Kari Jepun, tempura, sashimi, soba, sushi, dan chicken teriyaki

佐野 若葉

Ditulis oleh Hafizah Khusni san

Seiring dengan usaha bandar Sano untuk menjadikan Sano sebuah bandar mesra Muslim, hasilnya semakin banyak restoran-restoran yang mula menyajikan menu mesra Muslim, dan salah satunya adalah restoran Muslim Friendly Japanese Restaurant WAKABA. Kami berpeluang untuk menemu ramah pemilik restoran ini iaitu Encik Wakabayashi Tatsuya tentang bagaimana dan mengapa beliau mengambil keputusan untuk mencuba menyajikan menu mesra Muslim di restorannya.

Temuramah bersama Encik Tatsuya Wakabayashi, pemilik Wakaba

Hafizah: Sedikit pengenalan tentang restoran anda.
Encik Wakabayashi: Restoran kami hanya mengambil masa 3 minit dengan berjalan kaki dari Stesen Kuzuu manakala 20 minit menggunakan keretapi dari Stesen Sano (Tobu Sano Line). Menu utama yang kami hidangkan adalah masakan Jepun.

Hafizah: Mengapa anda membuat keputusan untuk menyediakan menu mesra Muslim di restoran anda?
Encik Wakabayashi: Saya sudah sedia maklum tentang halal dari dahulu lagi, tetapi pada suatu hari Encik Dainari Goka, pemilik restoran Nikkoken mengajak saya untuk mencuba menyediakan menu mesra Muslim di restoran saya. Sejak daripada itu, saya ingin membantu Muslim untuk lebih menikmati makanan di Jepun tanpa rasa ragu-ragu dan selamat.

Hafizah: Sejak bila anda mula menyajikan menu Halal di restoran anda?
Encik Wakabayashi: Restoran kami mula menyajikan menu Halal pada November 2015.

若葉 ムスリム寿司体験

Hafizah: Pelanggan Muslim bagaimana yang datang untuk makan di restoran WAKABA ini?
Encik Wakabayashi: Kebanyakan pelanggan Muslim yang kami terima adalah rakyat Malaysia dan Indonesia, samada yang tinggal di Jepun ataupun yang datang untuk melancong. Kami juga menerima pelanggan-pelanggan dari luar negara seperti Taiwan, Korea, Indonesia, Pakistan dan Amerika Syarikat.

若葉 ムスリムフレンドリー

Hafizah: Apakah menu halal yang boleh didapati di restoran anda?
Encik Wakabayashi: Kami menyediakan pelbagai hidangan kari Jepun, tempura, sashimi, soba, sushi, chicken teriyaki dan banyak lagi hidangan Jepun yang lain dengan harga yang berpatutan. Kami juga mempunyai menu-menu istimewa mengikut musim, seperti unagi ketika musim panas dan tiram ketika musim luruh hingga musim sejuk. Selain menyediakan menu halal untuk pelanggan Muslim, kami juga menawarkan ‘Sushi Making Experience’ terutamanya kepada pelancong-pelancong Muslim, di mana mereka boleh belajar membuat sushi sendiri daripada yang pakar.

若葉 メニュー

若葉 寿司

若葉

Hafizah: Apakah menu yang paling banyak ditempah oleh pelanggan Muslim?
Encik Wakabayashi: Kebanyakan pelanggan Muslim kami menempah menu ‘4,000 yen course Kaiseki Ryouri’ apabila datang ke restoran kami. (Kaiseki Ryouri adalah hidangan tradisional Jepun yang sofistikated, lazimnya hadir dengan beberapa sajian).

若葉 和食の懐石4000コース

Wakaba

Opening Hours Lunch 11:30-14:00 (L.O. 13:30), Dinner 17:00-22:00 (L.O. 21:00)
Close Monday
Address 1-1-11 Kuzunishi, Sano-shi, Tochigi 327-0507
Phone 0283-85-2156
E-mail Wakaba-t@cameo.plala.or.jp
Website http://wakaba-sano.com/index.html
Halal Gourmet Japan https://www.halalgourmet.jp/restaurant/889382

Artikel Berkaitan

[bc url=”https://halalmedia.jp/my/archives/20026/a-video-of-muslim-friendly-town-sano-city-is-out/”]

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CAPTCHA


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.