Gyomu Super, Kaldi, dan Kedai Makanan Halal di Sano

Ditulis oleh Hafizah Khusni san

Negara Jepun yang ternyata bukan negara majoriti Muslim merupakan satu cabaran yang terpaksa dilalui setiap hari bagi Muslim yang menetap di sini. Walaupun begitu, sejak kebelakangan ini sudah banyak servis mesra Muslim dan ini sangat membantu dan memberi impak besar kepada pelancong-pelancong Muslim mahupun Muslim yang menetap di sini. Bilangan restoran yang menyajikan menu-menu halal pula semakin bertambah dan ini sangat memudahkan Muslim untuk melancong di seluruh Jepun. Buat Muslim yang menetap di Jepun pula, memasak di rumah merupakan pilihan utama tetapi untuk mencari bahan-bahan mentah, rempah-rempah dan produk-produk halal agak susah kerana bahan-bahan ini tidak boleh didapati di pasaraya biasa.

Mujur ada beberapa kedai dan pasaraya yang menyediakan produk import halal dan juga bahan mentah halal. Di bawah merupakan senarai kedai dan pasaraya di bandar Sano yang menjual produk-produk yang sesuai untuk Muslim.

Gyoumu Supermarket Sano

業務スーパー佐野店

Gyoumu Supermarket mempunyai sebanyak 658 cawangan di seluruh Jepun, menyediakan pelbagai produk import dan juga produk tempatan dengan kualiti yang bagus tetapi dijual pada harga yang rendah. Yang menariknya, mereka turut mengimport produk halal dari pelbagai negara. Ayam tanpa tulang beku, pelbagai perencah, mi segera yang mempunyai cop Halal adalah antara produk yang dijual di sini.

Opening Hours 9:00-20:00
Address 1838 Horigomecho, Sano-shi, Tochigi 327-0843
Phone 0283-20-5344

Kaldi Coffee Farm

カルディ佐野

Kaldi adalah sebuah kedai barangan runcit yang khusus dengan kopi panggang dan juga makanan dari seluruh dunia. Jadi, tidak hairanlah ada beberapa produk yang dijual di Kaldi adalah produk yang diimport dari negara Islam dan mempunyai cop Halal. Kopi, keju, rempah ratus dan snek dari seluruh dunia adalah antara produk yang dijual di sini.

Opening Hours 9:00-22:00
Address AEON MALL Sano New City 1F, 1324−1 Takahagicho, Sano-shi, Tochigi 327-0821
Phone 0283-20-4181

Sake no Yamaya

酒のやまや佐野

Sake no Yamaya mempunyai 334 cawangan di seluruh Jepun. Walaupun produk utama yang dijual di sini adalah arak, mereka mempunyai seksyen khas menjual perencah dan produk-produk import dari seluruh dunia. Ada beberapa produk yang dijual di sini yang mempunyai cop Halal.

Opening Hours 9:00-21:00
Address 46-1 Takahagicho, Sano-shi, Tochigi 327-0821
Phone 0283-20-4828

Ruja Asian Halal Foods

ハラールフード佐野

Produk-produk di kedai ini kebanyakannya adalah produk yang diimport dari Nepal. Rempah ratus, pelbagai jenis daging kambing, ayam, dan juga produk beku halal yang lain turut dijual di sini.

Opening Hours 10:00-20:00
Address Kashimaya Bldg. 101, 2791 Takasagocho, Sano-shi, Tochigi 327-0022
Phone 080-3345-0087 (Mr. Ramu)

Annapurna Halal Food

ANNAPURNA HALAL FOOD

Produk yang dijual disini juga kebanyakannya diimport daripada Nepal.
Pelbagai jenis daging kambing beku, ayam beku, cili beku, rempah ratus, beras dan lain-lain dijual di sini.

Opening Hours 10:00-21:00
Address Araki Bldg., Ohashicho, Sano-shi, Tochigi 327-0003
Phone 080-4737-3535

Masjid Sano

Selain solat Jumaat yang dikerjakan secara berjemaah disini setiap minggu, makanan halal dan juga perencah-perencah turut dijual disini. Masjid Sano sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja yang ingin mengerjakan solat disini.

Address 116-1 Horigomecho, Sano-shi, Tochigi 327-0843
Location http://halalmedia.jp/masjid/al-ikhlas/

Artikel Berkaitan

[bc url=”https://halalmedia.jp/my/archives/1473/halal-food-sold-gyomu-super/”]

[bc url=”https://halalmedia.jp/my/archives/20026/a-video-of-muslim-friendly-town-sano-city-is-out/”]

Masjid & Ruang Solat di Jepun

[bc url=”https://halalmedia.jp/my/masjid/”]

[bc url=”https://halalmedia.jp/my/prayer-space/”]

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CAPTCHA


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.