Written by Hafizah Khusni

Nikmati juadah sambil mengenakan pakaian tradisional negara Jepun – Kimono di Restoran Tanbaya!

Baru-baru ini sebuah restoran tradisional Jepun di bandar Sano, Kappou Tanbaya telah memulakan menu mesra Muslim – daripada pembuka selera hinggalah kepada menu utama dan juga pencuci mulut. Bukan itu sahaja tarikan menarik untuk Muslim yang berada di Jepun, mereka juga menyediakan servis ‘memakai kimono’ untuk wanita Muslim. Anda boleh menikmati juadah di restoran ini sambil memakai kimono!

Saya dan keluarga telah pergi ke restoran ini semalam. Saya dan suami memang penggemar makanan Jepun, dan saya sangat teruja untuk mencuba kimono setelah 6 tahun menetap di Jepun.

Kami tiba di restoran pada jam 6:15 petang. Saori san, staf wanita Tanbaya menyambut kami di pintu masuk dengan sangat sopan dan terus membawa kami ke sebuah bilik santapan persendirian. Selepas meletakkan barang-barang kami, Saori san membawa saya ke bilik persalinan untuk memakaikan saya kimono.

割烹丹波屋

割烹丹波屋
Ada beberapa helai kimono untuk dipilih, dan semuanya cantik-cantik belaka sehingga saya agak mengambil masa untuk memilih yang mana satu yang sesuai dan padan dengan tudung yang saya sedang pakai. Akhirnya, saya memilih kimono berwarna hitam dengan corak bunga kecil berwarna merah jambu dan ungu. Manakala Saori san pula memilih obi berwarna merah untuk dipadankan dengan kimono saya. Mereka juga menyediakan cermin besar untuk saya, dapatlah saya betulkan stail hijab saya yang sesuai dengan kimono yang sedang saya pakai.

割烹丹波屋
Setelah selesai, Saori san membawa saya semula ke bilik santapan persendirian kami sebentar tadi. Selepas menunggu beberapa minit, mereka mula menghidangkan juadah pembuka selera, diikuti dengan menu utama dan pencuci mulut. Semuanya sangat sedap! Saya dan suami sangat berpuas hati dengan juadah yang disediakan. Semua menu adalah selamat untuk Muslim kerana mereka tidak menggunakan sebarang alkohol, mirin ataupun sake di dalam penyediaan juadah tersebut.

割烹丹波屋

Ini adalah kali pertama saya memakai kimono sejak menetap di Jepun selama 6 tahun, jadi saya sangat teruja! Suami saya telah mengambil beberapa keeping gambar saya memakai kimono di dalam bilik santapan kami. Saori san juga telah mempelawa saya untuk mengambil gambar di luar restoran kerana landskap restoran yang sangat cantik dan mempunyai ciri-ciri kejepunan, sesuai dengan kimono.

割烹丹波屋

Terima kasih Tanbaya untuk pengalaman ‘memakai kimono’ ini! Dengan hanya 1000 yen (tidak termasuk harga juadah), wanita Muslim di Jepun kini boleh mencuba memakai kimono sambil menikmati masakan Jepun di Restoran Tanbaya.

Nota:
1)Tempahan perlu dilakukan sebelum datang ke restoran.
2)Parti dengan bilangan peserta yang tertentu adalah dialu-alukan (Tempahan perlu dilakukan)
3)Peruntukan adalah kira-kira dari 5000 yen ke 10,000 yen untuk seorang pelanggan (termasuk cukai dan caj servis). Pihak restoran akan menyediakan masakan berdasarkan peruntukan pelanggan.

Kappo Tanbaya

Tel
0283-22-0151
OPEN
Lunch 11:30-14:00 / Dinner 17:00-22:00
CLOSE
Irregular holidays
Address
217 Wakamatsucho, Sano-shi, Tochigi 327-0846
E-mail
fuku_tanbaya@twatwa.ne.jp
Halal Gourmet Japan
https://www.halalgourmet.jp/restaurant/224567

Related Article

[card url=”http://halalmedia.jp/archives/20703/kappo-tanbaya-in-sano-city-a-muslim-friendly-town-is-now-serving-muslim-friendly-japanese-dishes/”]

[card url=”http://halalmedia.jp/id/archives/20026/a-video-of-muslim-friendly-town-sano-city-is-out/”]

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CAPTCHA


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.