Written by Hafizah Khusni
Strawberi di Jepun sangat terkenal dengan kemanisan dan kesedapannya dan sangat digemari oleh rakyat Jepun dan juga serata dunia. Tahukah anda bahawa Tochigi sangat terkenal dengan buah strawberinya yang sangat sedap? Selain itu, Tochigi juga merupakan prefektur yang menghasilkan strawberi terbanyak di Jepun.
Mengapa strawberi dari Tochigi sangat sedap?
Prefektur Tochigi kaya dengan sinaran matahari, air yang bersih dan juga tanah yang subur. Perbezaan suhu yang ketara antara waktu siang dan malam ketika musim panas dan musim sejuk juga merupakan salah satu lagi rahsia dalam menghasilkan strawberi yang sangat manis dan sedap di sini.