Pencinta kucing wajib menjejakkan kaki di sini!
Written by Hafizah Khusni
Dengan hanya menaiki kereta selama 3 minit dari Sano Premium Outlet yang sudah diketahui ramai, anda berpeluang untuk bersantai di sebuah kafe unik yang menyajikan anda dengan pelbagai jenis minuman sambil bermain bersama kucing-kucing jinak dan comel! Kafe Kucing Amipa cawangan Sano mempunyai pelbagai jenis kucing-kucing cantik dan comel seperti Scottish Fold, British Shorthair, Main Coon dan banyak lagi.
Kami sekeluarga telah pergi ke sini bersama bayi lelaki kami, memandangkan dia sangat sukakan kucing tapi jarang berpeluang untuk bermain bersama kucing di Jepun ini. Kami menghabiskan masa kira-kira sejam di dalam kafe, dan hanya perlu membayar sebanyak 2160 yen (tiada bayaran diperlukan untuk bayi). Apabila kami memasuki kafe, banyak kucing-kucing yang menyambut kami di pintu masuk. Semua kucing di sini sangat manja dan kami sangat seronok bermain bersama mereka.
Selain kafe kucing, Amipa Amusent Center turut mempunyai ruang memancing, batting dan juga pelbagai jenis amusement game. Jika anda tercari-cari tempat menarik untuk beriadah indoor di hari minggu, ini adalah tempat yang sesuai untuk menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga tercinta mahupun rakan-rakan!
Waktu operasi
Isnin-Jumaat: 12:00 – 20:00
Sabtu, Ahad & Cuti Umum: 10:00 – 20:00
*Resepsi terakhir: 19:00
Bayaran (termasuk drinkbar dan cukai)
Seorang dewasa 1 jam 1080 yen, 2 jam 1620 yen
Seorang kanak-kanak 1 jam 860 yen, 2 jam 1300 yen
*200 yen akan dicaj untuk setiap 15 minit selanjutnya
Klik di sini untuk maklumat selanjutnya: http://www.amipa-sano.com/