Necessities for Muslim
Sebagai seorang Muslim adakah anda pernah merasa bimbang untuk pergi melancong di negara lain terutamanya negara yang majoriti penduduknya bukan Muslim? Lagi-lagi dalam soal bagaimana mahu mendapatkan makanan halal dan di mana mahu menunaikan solat fardhu. Ini juga merupakan salah satu perkara yang perlu dibuat persediaan dalam pelan pelancongan anda sebelum anda berlepas pergi.
Di Jepun, bilangan penduduk Muslim yang sedikit dan juga kefahaman yang kurang tentang agama Islam menyebabkan kurangnya kemudahan dan servis untuk pelancong Muslim. Selain itu, agak sulit untuk Muslim mendapatkan makanan halal dan juga ruang solat khas. Akan tetapi, sejak tahun 2014 bilangan pelancong Muslim meningkat secara mendadak. Oleh sebab ini, banyak badan-badan yang berkaitan dengan pelancongan dan juga perniagaan mengambil langkah untuk meluaskan skop mereka dalam menyediakan kemudahan dan servis untuk pelancong Muslim yang datang ke Jepun.
Aplikasi Smartphone Halal Gourmet Japan
Untuk menyelesaikan masalah ini, anda boleh mencuba aplikasi di smartphone yang bernama ‘Halal Gourmet Japan’. Boleh didapati di Google Play dan juga iTunes, aplikasi ini boleh dimuat turun ke smartphone anda dan dengan hanya menggunakan hujung jari sahaja anda boleh menggunakan aplikasi ini selagi anda mempunyai akses Internet semasa trip pelancongan.
Restoran Mesra Muslim
HGJ menyediakan informasi restoran-restoran halal dan vegetarian di setiap prefektur di Jepun. Mereka aktif menghubungi setiap restoran untuk sentiasa menyediakan informasi yang terbaru untuk dimuat naik di aplikasi ini. Di dalam aplikasi ini, selain restoran yang mempunyai sijil halal yang sudah tentu berada di dalam senarai, mereka juga menyediakan senarai dan informasi restoran-restoran yang mesra muslim. Ini bermakna ada sesetengah restoran yang tidak mempunyai sijil halal tetapi menyediakan persekitaran dan penyediaan makanan yang sesuai untuk Muslim. Ini termasuklah juga restoran-restoran yang menyediakan juadah yang dimasak menggunakan bahan-bahan halal, tiada penggunaan daging khinzir dan juga tidak menjual minuman keras.
Unutk memudahkan pengguna menggunakan aplikasi ini, HGJ menggunakan tanda ikon untuk menggantikan ayat panjang untuk penerangan tentang sesuatu restoran. Setiap ikon mempunyai makna tersendiri dan dijelaskan dengan ayat pendek yang mudah difahami.
Anda juga boleh memilih untuk mencari menggunakan nama prefektur atau kategori makanan, seperti sushi, ramen, mi dan juga juadah negara lain seperti Itali, Iran, Pakistan, Mesir dan sebagainya. Terdapat 36 kategori jenis makanan untuk anda pilih semasa trip anda di sini!
Ruang Solat
Selain itu, untuk membantu Muslim ketika pelancongan mereka di Jepun, aplikasi ini turut menyediakan informasi berkenaan ruang solat. Di muka utama aplikasi ini, jika anda scroll ke bawah anda akan dapati butang hijau ‘Prayer Space’ di bahagian bawah. Bukan sahaja masjid atau surau yang disenaraikan di ruangan ini, tetapi termasuk bangunan-bangunan yang menyediakan ruang solat, seperti lapangan terbang, hotel dan banyak lagi yang menyediakan ruangan selesa untuk Muslim melakukan ibadah solat. Selain itu juga, kompas qiblat juga boleh didapati di dalam aplikasi ini untuk membolehkan pengguna menyemak arah ketika solat.
Di Tochigi, Sano
Di Tochigi, ada beberapa restoran berlainan kategori yang mengalu-alukan kehadiran pelanggan Muslim. Di bawah merupakan beberapa senarai restoran dan ruang solat yang terdapat di bandar Sano.
Nawab Zada
Restoran yang menyediakan juadah masakan India. Terdapat di dalam pusat membeli-belah Aeon Sano New City.
https://www.halalgourmet.jp/restaurant/816
Wakaba
Restoran makanan Jepun di daerah Kuzuu. Menyediakan pilihan juadah makanan asli Jepun seperti Kaisendon, Unagidon dan pelbagai lagi. Adalah lebih baik untuk anda melalukan tempahan terlebih dahulu kerana sesetengah menu adalah menu yang terhad mengikut musim. Menyediakan ruang solat dan juga sejadah untuk pelanggan Muslim yang mahu menunaikan solat.
https://www.halalgourmet.jp/restaurant/807
Teppan Dining SUN
Hanya 600 m daripada Stesen Sano, restoran ini pasti menjadi pilihan anda jika anda mahu menikmati juadah daging lembu seperti stik dan lain-lain kerana restoran ini adalah satu-satunya yang menyediakan juadah daging lembu. Kebanyakan juadahnya dimasak menggunakan hot plate. Menyediakan ruang solat dan juga sejadah untuk pelanggan Muslim yang mahu menunaikan solat.
https://www.halalgourmet.jp/restaurant/643
Nikkoken
Restoran ramen yang hanya terletak beberapa tapak daripada stesen Sano. Menyediakan ramen halal dan gyoza dan juga makanan Jepun lain seperti Katsudon, Teriyakidon, Omuraisu dan banyak lagi. Menyediakan ruang solat dan juga sejadah untuk pelanggan Muslim yang mahu menunaikan solat.
https://www.halalgourmet.jp/restaurant/352
Masjid Sano Al-Ikhlas
Sesiapa sahaja dialu-alukan untuk hadir solat di sini.
Related Article
[card url=”http://halalmedia.jp/archives/16727/enjoy-muslim-friendly-town-sano-premium-outlet-mountain-welcomes-cats-best-gyoza-japan/”]