Necessities for Muslim
Sebagai seorang Muslim adakah anda pernah merasa bimbang untuk pergi melancong di negara lain terutamanya negara yang majoriti penduduknya bukan Muslim? Lagi-lagi dalam soal bagaimana mahu mendapatkan makanan halal dan di mana mahu menunaikan solat fardhu. Ini juga merupakan salah satu perkara yang perlu dibuat persediaan dalam pelan pelancongan anda sebelum anda berlepas pergi.
Di Jepun, bilangan penduduk Muslim yang sedikit dan juga kefahaman yang kurang tentang agama Islam menyebabkan kurangnya kemudahan dan servis untuk pelancong Muslim. Selain itu, agak sulit untuk Muslim mendapatkan makanan halal dan juga ruang solat khas. Akan tetapi, sejak tahun 2014 bilangan pelancong Muslim meningkat secara mendadak. Oleh sebab ini, banyak badan-badan yang berkaitan dengan pelancongan dan juga perniagaan mengambil langkah untuk meluaskan skop mereka dalam menyediakan kemudahan dan servis untuk pelancong Muslim yang datang ke Jepun.
Aplikasi Smartphone Halal Gourmet Japan
Untuk menyelesaikan masalah ini, anda boleh mencuba aplikasi di smartphone yang bernama ‘Halal Gourmet Japan’. Boleh didapati di Google Play dan juga iTunes, aplikasi ini boleh dimuat turun ke smartphone anda dan dengan hanya menggunakan hujung jari sahaja anda boleh menggunakan aplikasi ini selagi anda mempunyai akses Internet semasa trip pelancongan.