Disseminate appealing spots to the world
Pada 18 Julai yang lalu, Ryomo Muslim Inbound Development Council telah menganjurkan sebuah acara khas untuk Muslim yang diberi nama ‘Muslimthon Sano’. ‘Muslimthon’ adalah gabungan dari perkataan ‘Muslim’ dan ‘marathon’.
Sambil memakai T-shirt original yang direka khas untuk acara ini, peserta akan bersiar-siar di dalam bandar Sano samada berjalan kaki, menaiki kemudahan awam atau dengan menaiki kereta sendiri dan kemudian memuat naik gambar yang ditangkap di tempat-tempat menarik di Sano ke media sosial. Peserta yang mendapat bilangan likes paling banyak akan dianugerahkan ganjaran lumayan di akhir acara.
Objektif Muslimthon ini adalah untuk menyebarkan keindahan bandar Sano ke serata dunia dan juga menunjukkan Sano adalah sebuah bandar yang mengalu-alukan kedatangan Muslim melalui media sosial.
Kira-kira 11 orang Muslim (berasal dari Malaysia dan Indonesia) dan 5 orang rakyat Jepun telah menyertai acara Muslimthon ini. Pada mulanya kesemua peserta telah berarak bersama-sama ke sebuah spot terkenal di dalam bandar Sano iaitu Yaku Yoke Taishi. Dengan bantuan dan penerangan terperinci dari sukarelawan serta peserta Jepun, peserta-peserta Muslim dapat memahami dengan lebih mendalam budaya melawat kuil di dalam kehidupan masyarakat Jepun yang mana amat asing bagi mereka.
Juadah tengahari telah disediakan oleh Wakaba; sebuah restoran makanan Jepun mesra Muslim. Peserta kemudian dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menuju ke destinasi seterusnya. Setiap kumpulan terdiri dengan kombinasi peserta Muslim dan Jepun. Antara tempat menarik yang dilawati adalah Santaki, Mount Yomogi Log Village, Karasawasan Castle Site dan Izuruhara Benten Ike.
‘Ini bukan pertama kali saya datang ke Sano tetapi saya berasa sangat seronok dengan menyertai acara ini kerana dapat melawat tempat-tempat menarik yang tidak pernah dilawati di dalam bandar Sano. Saya berharap dapat pergi ke pelbagai tempat menarik lagi di dalam bandar Sano suatu hari nanti. Acara ini juga adalah salah satu cara menarik untuk saya mengisi masa lapang saya dengan berfaedah’, kata saudara Asri, seorang peserta dari Malaysia apabila ditanya mengenai acara ini.
Acara Muslimthon diakhiri dengan semua peserta, staf dan juga sukarelawan berkumpul di Nikkoken untuk menikmati jamuan BBQ Halal disediakan oleh pihak penganjur. Dengan ini, lebih ramai lagi rakyat Jepun dapat berinteraksi dan mengetahui lebih lanjut tentang Islam dan ajarannya. Di atas sambutan yang memberansangkan, Ryomo Muslim Inbound Development Council dalam perancangan untuk mengadakan acara Muslimthon yang seterusnya pada musim yang berbeza pula.
Nikkoken
- Tel
- 0283-22-7832
- OPEN
- 11:30~15:00(L.O.14:30)
17:30~20:00(L.O.20:00) - Address
- 栃木県佐野市若松町138
- Halal Gourmet Japan
- https://www.halalgourmet.jp/restaurant/352
Wakaba
- Tel
- 0283-22-7832
- OPEN
- 11:30~
- Address
- 1-1-11 Kuzunishi, Sano-shi, Tochigi 327-0507
- Wakaba-t@cameo.plala.or.jp
- Website
- http://wakaba-sano.com/index.html
- Halal Gourmet Japan
- https://www.halalgourmet.jp/restaurant/807