Restoran Halal di Narita Airport Terminal 1
Ditulis oleh Nurul Hanim Karim san, Malaysia
Salah satu makanan di Jepun yang wajib dicuba adalah Udon dan alhamdulillah untuk pelancong-pelancong Muslim, anda tidak lagi perlu ke Tokyo untuk mencuba makanan yang lazat ini kerana anda bole merasainya sebaik sahaja anda mendarat di Jepun!
Restoran layan diri ini terletak di Tingkat 5, Central Building di Terminal 1, Narita Airport dan menyediakan pelbagai jenis sajian udon, seleksi tempura (makanan laut/sayuran digoreng bertepung) untuk dimakan bersama udon dan juga onigiri (bebola nasi) sekiranya anda masih lagi lapar. Salah satu perkara menarik di sini adalah anda bole menyaksikan chef menyediakan mee udon di dapur dan pekerja meletakkan udon yang sudah disiapkan ke dalam air panas dan terus ke dalam mangkuk anda.