Restoran Halal di Narita Airport Terminal 1

Kineya Mugimaru
Seleksi sempena musim bunga – Udon dengan daging

Ditulis oleh Nurul Hanim Karim san, Malaysia

Salah satu makanan di Jepun yang wajib dicuba adalah Udon dan alhamdulillah untuk pelancong-pelancong Muslim, anda tidak lagi perlu ke Tokyo untuk mencuba makanan yang lazat ini kerana anda bole merasainya sebaik sahaja anda mendarat di Jepun!

Restoran layan diri ini terletak di Tingkat 5, Central Building di Terminal 1, Narita Airport dan menyediakan pelbagai jenis sajian udon, seleksi tempura (makanan laut/sayuran digoreng bertepung) untuk dimakan bersama udon dan juga onigiri (bebola nasi) sekiranya anda masih lagi lapar. Salah satu perkara menarik di sini adalah anda bole menyaksikan chef menyediakan mee udon di dapur dan pekerja meletakkan udon yang sudah disiapkan ke dalam air panas dan terus ke dalam mangkuk anda.

Kineya Mugimaru
Seleksi Mee Udon

Disebabkan restoran ini merupakan restoran layan diri, anda perlu beratur untuk membeli udon anda di kaunter tetapi anda tidak perlu bimbang disebabkan restoran ini mempunyai banyak tempat untuk duduk. Saya menyukai rekaan restoran ini yang menggunakan konsep terbuka dan pada masa yang sama menggabungkan system layan diri (moden) ke dalam ciri-ciri hiasan berkonsepkan traditional di restoran ini.

Kineya Mugimaru
Pintu masuk restoran

Secara keseluruhan, restoran ini kelihatan cantik dan kemas yang bagus untu pelancong-pelancong yang mahu mendapatkan makanan segera sebelum menaiki kapal terbang.

Kineya Mugimaru
Bahagian dalam restoran

Cara membuat pesanan makan adalah dengan beratur di pintu masuk restoran, pilih seleksi udon yang anda kehendaki menggunakan gambar-gambar yang ada di menu, pekerja kemudiannya akan meletakkan udon di dalam dulang makanan anda, bawa dulang anda ke kaunter tempura/onigiri dan kemudiannya ke kaunter bayaran. Sup untuk udon dan air sejuk bole didapati di salah satu lagi kaunter bersebelahan kaunter pembayaran. Kemudian anda bole bergerak ke mana-mana kerusi yang anda sukai untuk makan.

Kineya Mugimaru
Menu di kawasan pesanan makanan
Kineya Mugimaru
Dulang tempura dan onigiri. Pilih mana anda hendak.

Saya sangat menyukai sup udon panas bersama rumpai laut di sini. Sup untuk udon ini adalah sangat lazat dengan mee udon yang tebal di hidangkan panas-panas dan dimakan bersama tempura. Sedap! Kaunter tempura di sini mempunyai banyak seleksi tempura untuk dipilih dan sekiranya ini adalah kali pertama anda di Jepun, jangan lupa mencuba tempura udang. Anda akan kagum dengan saiznya.

Kineya Mugimaru
Kaunter sup dan air
Kineya Mugimaru
Udon dengan rumpai laut

Restoran ini telah disahkan Halal oleh Malaysian Halal Consultation and Training Agency yang merupakan salah satu pertubuhan akreditasi terbesar di Malaysia. Oleh itu, untuk semua Muslim yang datang ke Jepun, anda perlu mencuba restoran ini dan balik dengan perut kenyang.

Kineya Mugimaru

Kineya Mugimaru Narita Airport Terminal 1

OPEN
7:30-21:00 (L.O. 20:30)
CLOSE
Daily open
Address
Narita Airport Terminal 1, 5F, 1 Furugome, Narita-shi, Chiba
TEL
0476-32-7877
Website
http://www.gourmet-kineya.co.jp/search/list.php?gid=28&erid=2
HALAL GOURMET JAPAN
https://www.halalgourmet.jp/ja/restaurant/680

Artikel berkaitan

[card url=”https://halalmedia.jp/my/archives/7861/muslim-friendly-services-narita-airport/”]

[card url=”https://halalmedia.jp/my/archives/8741/prayer-room-narita-airport/”]

HALAL GOURMET JAPAN

メルマガ会員募集中

Tags: